CUBA LAGI

 

(Lah Ahmad)

Satu dua tiga dan empat

Cuba berkali masih tak dapat

Lupakan sakit segan dan penat

Nanti di puncak pasti terubat

 

(Malique)

Empat tiga dua dan satu

Puncak yang betul aku di situ

Ada dah dekat, ramai yang berbatu

Cuba lagi dik ku tunggu

 

(Lah)

Ku cuba berkali-kali

Masih tak menjadi-jadi

Tapi ku tak patah hati

Tiap kali gagal aku cuba lagi

Aku cuba lagi, aku cuba lagi

Hanya yang lemah kan lari

Jadi lelaki dan cuba lagi

Ku cuba, ku cuba, ku cuba

Oh aku cuba

 

(Malique)

Nah, bukan senang hendak menang

Apatah lagi jadi juara

Nah, bukan senang nak jadi bintang

Apatah lagi jadi lagenda

Aku tahu aku fasih

Nombor satu, yup, aku masih

Terima kasih seteru bersekutu

Keranamu aku bertambah mutu

Tetapi, kebelakangan ini aku tepu

Hampir beku, ni, buku lirik kosong nak berdebu

Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu

Mata tutup kepala tertelungkup

Pintu dengar ketuk, oh anakku menjenguk

Papa jangan kerut dahi

Tukar niat baca Bismillah mesti jadi

 

(Chorus)

 

(Malique)

Buat lagu hebat radio tak nak main

Apa boleh buat? Buat lagu lain

Aku dengar sedap, dia dengar lain

Mungkin lepas menang AIM dia main

Jangan cari pasal, kaji hujung pangkal

Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal

Sampai orang kampung kata pakai tangkal

Sampai gadis kota tidur tepuk bantal

Sampai orang-orang gaji pun hafal

Tapi selagi tak berlaku, tawakal

Ganda usaha bukan simpati

Percaya besok lusa buat lagi

Mereka tanya sampai mana

Yo nampak langit sampai sana

Tiada makna kalau tiada fakta

Lihat carta situ ku diwarta

 

(Chorus: Lah)

 

(Malique)

Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat

Jadi kalau cari jalan tak jumpa, ku buat

Sini ke sana hanya satu garis lurus

Jangan menoleh mana-mana jalan terus

Ku bukan jenis suka omong kosong

Tolong dengar dik, jangan bodoh sombong

Lima ribu tahun atau lima saat

Kalau kita mahu kita dapat

Banyak laki, berapa jati

Banyak janji, berapa ditepati

Cuma dara sunti minta puji, anak jantan minta uji

Lepas cakap besar tanam pokok

Pasti belum boleh berteduh besok

Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi

Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali

 

(Chorus)